Saturday, 11 December 2021

Low Frequency Syndrome

 Apa itu low frequency syndrome?

Pernah tak anda rasa resah? Rasa sedih? Rasa murung? Rasa kecewa? Rasa-rasa ini adalah tergolong dalam perasaan negatif. Perasaan-perasaan negatif mempunyai low vibration. Low vibration akan menghasilkan frekuensi yang rendah. Frekuensi rendah dalam diri akan membuatkan kita jadi lemah dan tidak bermaya. Bila kita sentiasa membiarkan diri kita berada dalam low frequensi, kita mudah jatuh sakit, tidak tenang dan tidak bahagia.

Kredit gambar : hellodoktor.com


Implikasi Low Frekuensi Dalam Kehidupan

Saya sendiri pernah mengizinkan diri saya berada dalam low frekuensi dalam jangka masa yang lama. Saya rasa saya tak bagus, sentiasa kritik diri. Saya juga rasa saya tak layak bahagia. Saya kurang yakin dengan diri saya. Saya sentiasa rasa rendah diri dan sering rasa tak diterima oleh orang sekeliling. 

Akibatnya, saya rasa tak bahagia. Saya mula mencari-cari orang untuk memberikan saya rasa bahagia. Saya mula berharap akan ada orang yang datang dalam hidup saya seterusnya mencintai saya. Saya akan murung jika dikritik. Saya mula sedih bila orang tak hargai saya. Saya mula memberi dengan expectation. Saya mula menyayangi dengan expectation. Saya hidup dengan penuh sangkaan. Saya mudah marah. Saya mudah terasa hati. Saya mudah putus asa. Akhirnya saya gagal untuk memajukan diri dalam kerjaya. Saya stuck di takuk lama. Saya juga stuck dalam hubungan sehingga akhirnya saya hilang orang-orang kesayangan saya.

Justeru itu, sekiranya anda mulai perasan yang anda ada sindrom low frequency ini, cepat lah bantu diri anda untuk mengatasinya.

Cara untuk menaikkan frekuensi diri

1. Mandi garam

Ramai orang dah mula praktis mandi garam. Sebab itu lah banyak produk garam mandian keluar di pasaran. Mandian garam ini bagus untuk meneutralkan cas-cas yang tak seimbang dalam diri. Biasanya mandi garam ini dilakukan pada bilasan terakhir dan dibiarkan kering dengan sendirinya di badan. Amalan yang bagus adalah mandi garam secara konsisten selama 21 hari. Sekiranya anda terputus garam mandian, anda boleh gunakan mandi ais sebagai ganti.

Kredit gambar : hellosehat.com

2. Mandi bunga

Mandi bunga adalah ritual istimewa bagi meraikan sesuatu peristiwa. Sebagai contoh, wanita disarankan mandi bunga untuk menaikkan seri wajah sebelum upacara pernikahan. Selain pernikahan, wanita juga disarankan mandi bunga untuk menaikkan aura diri. Mandi bunga juga dilakukan untuk menutup pantang selepas bersalin. Mandi bunga dilakukan untuk menaikkan frekuensi diri. Bunga adalah sumber alam yang berwarna. Warna yang terkandung di dalam kelopak bunga mempunyai vibration yang tersendiri. Mandi bunga adalah chromotheraphy (terapi warna) yang membantu meningkatkan frekuensi diri. 

Kredit gambar : kashoorga.com


3. Urutan diri

Urutan diri atau lebih popular dipanggil massage adalah satu jenis khidmat diri yang sangat baik. Menurut Robin Sharma, untuk mengekalkan energi kita sebaiknya kita massage diri kita 2 kali seminggu. Selain membantu melancarkan peredaran darah, ianya juga membantu detoksifikasi diri kerana toksin yang terkumpul akan merosakkan organ-organ dalam badan. Urutan juga membantu merehatkan minda, destress dan relax.

Kredit gambar : traveloka.com


Sekarang ini terdapat macam-macam jenis urutan ada di pasaran. Urutan tradisional, urutan swedish, urutan aromaterapi dan urutan bali. Semua perkhidmatan ini boleh didapati di spa-spa yang terdekat. Namun begitu, di zaman pandemik yang tak terjangka ini, adalah lebih baik kita juga belajar untuk mengurut diri sendiri. Ini kerana urutan sendiri badan adalah satu cara untuk reconnect dengan diri sendiri.

Sejujurnya saya sendiri melakukan rutin self massage ini untuk diri saya untuk memastikan diri saya mendapat nutrisi sentuhan yang secukupnya. Nutrisi sentuhan yang cukup membuatkan diri saya menjadi lebih tenang, keperluan inner child semakin dipenuhi dan perasaan saya lebih tenang dan tak mudah sentap. Apabila saya tenang, anak saya juga kurang meragam. Lebih mudah untuk saya memberi dan menerima cinta dan kasih sayang daripada orang-orang di sekeliling saya. 

Saya menggunakan essential oil untuk mengurut badan saya. Dan blend yang saya suka sangat-sangat adalah Royal Frankincense. Royal Frankincense ini mempunyai kombinasi beberapa jenis Frankincense di mana baunya lebih wangi dan khasiatnya pastilah lebih power berbanding dengan frankincense biasa. Frankincense adalah sumber alam yang mempunyai frekuensi tinggi. Jadi jika anda susah untuk mandi garam, mandi ais dan mandi bunga, apa kata anda cuba menggunakan Royal Frankincense ini sebagai massage oil anda. 

Royal Frankincence adalah kombinasi beberapa frankincence yang sangat cepat menaikkan frekuensi anda. Selain itu, Royal Frankincence juga bagus untuk mencantikkan kulit dan menjauhkan gangguan makhluk halus. 

Sayangi Diri Anda

Walau apa pun pilihan kita,  apa yang penting adalah kita konsisten bantu diri kita untuk heal. Jika kita mahukan hasil yang cepat, kerjasama antara minda, hati dan anggota adalah sangat penting. Pastikan minda kita sentiasa positif, pastikan hati kita kita terbuka untuk menerima perubahan dan anggota badan kita pulak memberikan kerjasama untuk take action. Baru lah cepat kita heal dan hidup bahagia dan tenang seperti orang lain juga. 




Low Frequency Syndrome

  Apa itu low frequency syndrome? Pernah tak anda rasa resah? Rasa sedih? Rasa murung? Rasa kecewa? Rasa-rasa ini adalah tergolong dalam per...